Stories
Profile
Mates
♥Zaty's Story♥

The Maker

A Cute Girl Made This
Copyright ♥Zaty's Story♥© 21 December 2012
Best view in Google Chrome
.




Sunday, 24 June 2012 | 21:07 | 5 Love(s) ♥



Apa itu cinta ? 

cinta itu pelik . cinta itu realistik . cinta itu memerlukan pengorbanan walaupun begitu sukar untuk dilalui . cinta itu penuh dengan drama . ada gembira juga sedih . cinta itu membahagiakan mahupun membunuh . cinta itu sukar ditafsir dengan kata-kata . cinta itu memerlukan kesabaran . cinta itu ..... oh ! begitu mendalam maksudnya sehingga ada yang berduka kerana cinta . 

mengapa perlu bercinta jika disakiti ? mengapa perlu cinta jika air mata sentiasa menemani malam-malam kita ? tapi itulah kuasa cinta .  disakiti mahupun dikhianati juga penuh dengan emosi yang terlalu sukar untuk diluahkan , kita masih memilih cinta . begitu agungnya kuasa cinta sehingga kita masih ingin dibuai dengan keindahan cinta .

walaupun sukar ditelan kisah cintaku yang lalu , walaupun masih lagi fobia untuk mendekati cinta , tapi aku masih menaruh harapan agar cinta yang akan datang akan terus abadi hingga ke akhir hayat . sekarang , aku mahu tumpukan perhatian kepada masa depanku . aku akan terus pandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi . maaf andainya aku telah menyakiti perasaan teman-temanku yang mengharapkan cinta dariku . 

menyeramkan kan muka aku ? >.<